Friday, July 20, 2012

Ramadhan


Alhamdulillah,, Ramadhan datang lagi..


SELAMAT BERPUASA !






Entry ini just nak ucapkan SELAMAT BERPUASA SEMUA ! Dan Jalani ibadah Puasa ini dengan penuh ketakwaan yeah ! *Insyaallah



Bersyukur aku kepada ALLAH SWT kerana telah memanjangkan umurku ini untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan, bulan yang lebih baik dari seribu bulan ini. Semoga kita dapat laluinya dengan  kuat dan penuh kesabaran. Disinilah ujian Allah kepada kita. Buktikan bahawa kita adalah Muslimin dan Muslimat yang Hebat ! *peace :)





TINGKATKAN KESABARAN DAN TEGUHKAN IMAN :D


Thursday, July 5, 2012

such a long time

Assalamualaikum..

Wahh,, lama pulak aku rasa tak menyinggah dekat blog aku nie, Last aku update before masuk UITM nie haa.. Lama gak la kann,, dekat sebulan lebih. Yess ! im busy right now !




Alhamdullillah impian aku nak cuba jadi Instructor berjaya. Baru nie kami pergi kem dekat Lata Sedim. Sangat menarik bila dapat cuba aktiviti baru iaitu Water Rafting. Best ohh ! tak caya cer cuba :)



Yang atas nie la orang panggil water rafting. Very the menguji. haha

Haaa,, nie baru aku yang menepek sikit dalam gambar.  Akut tau, hitam kan, haha :D


Esok, Jumaat. Kami kena bertolak pulak pergi Team Building budak part 1 bacth Frontalis. Hopefully,, semuanya lancar. 
Okelah,, till then.... ^.^

Tuesday, June 5, 2012

Benda lepas

HELLO,, readers ! *macam ada ja kan -.-" if ada :')




Boring, boring macam nie saja aku nak post pasal aku dengan DIA tuu..
Emm,, tadi time aku tengah dok tengok vedio lagu dekat YouTube kann,, Tetiba nampak satu lagu NIE yang macam aku pernah tau ja tajuk dia tuu.. Then aku bukak laa.. Reasonnya sebab aku baru ingat yang Dia pernah suruh aku dengar lagu nie. Tapi tulahh,, memang aku rajin nak layan hang kann.. Aku abaikan ! Jahatnya aku nie -.-"



Bila tak ada lagi cintamu yang indah untukku
harusnya kau tahu betapa hidupku sepi tak sempurna
bila tak ada lagi sayangmu yang tulus untukku
harusnya kau tahu betapa hidupku sakit dan ku terluka

Hingga aku terjatuh tersiksa batinku
sudah tak sempurna
rusaklah harapanku terlalu kau pergi
kini terbang jauh hilang

Asmara ini telah menyakitkanku
cinta menusuk jantungku dan merusak hidupku ooh
asmara kurang apa ku padamu
sampai kau tak kenal aku hingga ku terluka

Then,, bila dah dengar lagu nie. Biasalah kan,, berdrama pulak aku satt :'( Oke sudah, BENDA LEPAS buat apa nak kenang balik kann. I never kick you out of my life, but you DID it. So, please accept what you have done bro ! Sekali lu buang wa, sepuluh kali wa buang lu. Wa ada hati, tapi hati wa bila dah keras susah dah nak lembut. Aku dah maafkan hang, so takyah lah rasa bersalah dengan aku lagi oke. Last but not least,, Pray you meet someone much better than me :D Have a good life yeah !

Friday, June 1, 2012

Miss Them :'(

Hidup ini tidak selalu berada dalam kegembiraan,,
Bila kesedihan mengundang, kenyataan yang perit harus di telan,,
Tidak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan,, 
Hadapi kenyataan apabila sudah namanya lumrah kehidupan :'(  *sign


Kesalahan yang lalu jadikan pengajaran,,
Tetapkan di dalam hati dan pedoman,,
Berdoa agar tiada lagi masalah dalaman,,
Pastikan Kejayaan kita bersama berada di Hadapan :)



Seorang kawan sangat mudah untuk dicari,
Apabila menjadi sahabat susah pula nak diganti,
Pahit Manis dan walau apapun yang terjadi,,
Sahabat sejati tetap di HATI =)


IMISSYOUGUYS :'(

<3<3
Masa berlalu,, tanpa kita sedari
Sekarang dah nak masuk pun part three :D

:
:

:
:


Hope,, soon gonna be better, better and BETTER then the past :D

SEE YEAHH !! 







Monday, May 28, 2012

Good experiences

Assalamualaikum.. :D

TRAINEE.. Oke,, nie baju putih masa mula mula
aku kerja sebab masa tu aku dok area service :D

Haiyak ! rasa lama dah tak update belog nie.. gilak busy !! yelah,, dah bekerja kann,, dulu masa time tak kerja pon malas ja nak update. Sekarang dah kerja,, baru terasa macam lama tak update pulak. PELIK ! Tapi semalam dah last day aku kerja, so nak update terus !

BTW,, entry ni agak panjang lebaq sebab semua aku nak cerita pasal pengalaman aku selama bekerja dekat Pizza Hut's Mesra Mall Kerteh :)

Masa nie dah belajar masuk kitchen,, tengok tangan tuu.. sampai lupa nak bukak glove.. haha
btw,, sayang si budak boolat nie..  Dia sangat comel :)

Sejak aku kerja kat sini memang banyak sangat yang aku baru tahu pasal pizza hut nie,, awal awal masuk kerja dulu aku kena dok ambik order, buzzing meja, setting meja and hantaq makanan bagai. Yang tu kira bahagian service arr.. Lepas tu aku macam best pulak nak dok kat bar,, buat ayaq apa semua nie.. Ehh,, bukan senang tau ! nak bancuh ayaq pon ada step by step oh ! yelah, bukan macam gerai, air teh o ais, limau ais, sirap.. Nie yang nak  kena bancuh kemain ayaq lagi. Then, dekat 2 minggu jugak ah aku dok kat bar lepas tuu.. trouble come -.-"

Lembab ja nak key in order awal awal masuk dulu,, haiyak !
Ahh ! biasa lahh,, bumi mana yang tak di timpa hujan kann.. Masalah jugak noh kerja nie,, even pizza hut ja pon ada masalah dalaman. Siap buat meeting lagi,, bagitau apa yang tak puas hati. Aku baru lagi,, so macam relex ja. Takda masalah pon,, yang lain lain nie.. hadoii,, siap bertekak dengan manager. Mejoritinya macam bengang dengan manager ah sebab cakap manager tak hormat staff bawahan macam kami nie. Tapi kann,, ntah.. aku rasa oke jaa.. hihi ^,^

Dah masuk kerja dekat kitchen dah,, baju ja belum bertukar warna.. haha 

Di sebabkan tu,, sorang sorang staff kat pizza hut tu resign. Hadoii,, macam kesian jaa.. Dah la pekerja memang dah tak cukup,, lepas tu dok keluaq pulak. Tapi sedih ahh,, yang keluaq semua tu member member yang baik dengan aku,, suka menceriakan kami kat pizza hut tuu.. huhu :'(
Oke, back to basic ! Yang keluar tu mejoriti yang dok kat bahagian "aux" ( buat spegetti, lasagnia,platter n ect2) dengan make table (bahagian buat pizza). So,, miss (manager) dah macam blank sangat sebab takdak dah orang nak buat makanan tu semua maka dari itu aku ditarik untuk dok kat aux :) Wahh !! cool la bro ! Aku suka ! hee :D masak masak nie memang aku excited sikit. Tapi tu ahh,, bila mai ramai customer aku dah macam nak give up ! dah la sekali masuk order,, hamboih ! macam tak makan seminggu.. haha

Saya dah berbaju hitam :D|
Masa nie time break,, saja dok ambik gambaq sebab takdak kerja.. hehe 

Oke,, sekarang aku nak tunjuk apa ja yang ada and apa yang aku buat selama dok kat kitchen :D


Job Allocation nie macam untuk rujukan staff nak tengok kerja dekat area mana.
Masa nie aku dah dok kitchen, so nampak tak nama aku yg dalam bulat merah tuu  ?
FAKE ! tu bukan nama betul aku.. orang terengganu ja tak pandai sebut nama akmal so jadi akma ! 
Bahagian AUX :: Fry Master.. semua goreng goreng kat sini.
Yang nie pulak bahan bahan dekat 'aux'.. Area nie untuk buat spegetti, fettucini. lepas tu kalau order Hut's Platter, Smoke Deli or Sweet and Spicy wing pun area nie. Senang cita, selain pizza semua benda kena buat dekat aux nie.
So,, sini la tempat yang aku kena handle. Jenoh !!





Yang nie semua bahan bahan dekat make table. Nak buat pizza kena ada semua bahan nie. And buat berdasarkan order laa.. *aku suka ratah cheese cheese tuu.. sebab tu dah makin comel. NYUM NYUM !! -.-" 

Nie area Make Table and kanan tu oven masak pizza

Jeng ! Jeng !! Pizza dah keluar
Aku yang buat !! heeee :D

Pizza atas tu nama dia Island Supreme.. pakai sos thousand island. Sangat sedap :D
Yang bawah tu pizza yang paling mudah kenal sebab dia ja ada slice olive. haha
yang tu nama dia Super Supreme. Untung ambik yang nie sebab dia banyak Topping.

And last but not,, just nak share yang kerja sini banyak sangat bagi aku pengalaman. Even letih, tapi aku puas sebab tercapai jugak hajat aku nak kerja dekat fast food. Cuti next sem nak kerja lagi ahh.. heeee :D

hahaa.. Last picture before i leave. Ambik gambaq dengan abg hensem pulak  time closing.
Muka masing masing letih jaa..
oke,, byebye Pizza Hut =,(









Tuesday, May 15, 2012

Kebetulan

Assalamualaikum :D

Hari nie aku baru ja sampai rumah dari KL.. Oke,, pergi KL pon hanya satu KEBETULAN sebabnya abang ipaq aku ada course kat sana. So, kakak and aku pon join laa.. Kami nie dekat kepala kira nak shopping ja,, lama dah tak rasa shopping aihh.. SALE banyak pulak,, lagi sedap ah shopping.. haha :P


Muka tabsub kira nak buang duit ja niee :P
Kakak banyak belanja. So,, SAAAAYAAANGG KAKAK :D
Tak belanja pon sayang oke !

Dah ada kesempatan p KL aku pon,, contact contact la membe membe baik aku dekat KL.. Alhamdulillah,, kawan kawan yang sangat sporting join ja aku dengan kakak p jalan jalan :)
1st day sampai KL pon dah petang,, lepas tu terus pergi sogo.. Then,, jalan jalan tengok tudung kat masjid india.. kira murah la jugak tudung tudung kat sini kalau nak compare tempat lain kann..

Masjid india : Jalan Tar
Nak cari tudung,, tapi tulahh.. makanan dulu yang budak nie jumpa.. haihh -.-"


Berada di Jackle pulak,, beli kain nak buat baju raya !
haha,, semangat nak raya :P

Lepas tuu,, aku jumpa kawan aku. Kami jalan ah skali,, kakak dah nak balik hotel.. So,, kami pon jalan ja sampai taktau mana arah nak p.. Saja nak buang masa la katakann.. Then,, pergi tengok wayang, Huuu,, best sebab pelakon tu Hensem :P

oke,, nie gambaq yang kami jalan ikot hati jaa.. mana kaki bergerak ja kami ikot..
malam nie kira dok tengak manusia ja.. macam macam pesyen ! haha


Dah letih berjalan,, berhenti makan aiscream GELATO satt..
ice cream aku 200gram : rm 17.00 jaaa -.-"


Esok tu pulak,, keluar lagi dengan kakak and pakcik nie.. Tapi kakak macam biasa lahh,, kejap ja dengan kami sebab dah bersuami la katakann.. Sampai petang tuu,, kakak balik. aku dengan cipowt jalan jalan Dataran Merdeka. Cantik gak tempat nie. Aku baru terasa nak tengok live. haha :P


Cantik kannn,,, view kat belakang tuuu.. heeee :P

semangat bergambar. Jalan jalan jumpa la budak budak sekolah rendah dok
buat raptai and latihan menari nari bagai.. Mybe nanti ada apa apa kot.

Lepas tuu,, terus jumpa along. Tapi sayang ah,, kalau along ada skali time nie lagi meriah gambar nie kann..
along pulak tido. selamat time aku call tu dia dah bangun. Then,, jumpa along dekat Times Square.


Yesss !! Along belanja Dinner :P
Takpa along,, nanti ain belanja balik nahh :D

Then,, cipowt kena balik sebab ada hal dengan membe dia.. Maka dengan itu,, aku dengan along jaa.. kami pon pusing pusing la TS tu sampai puas,, then gerak pergi Bukit Bintang jumpa kakak dekat sana.


Along Honeydew,, Ain Coffee Latte. Tapi time bergambar, silap pegang coolblog along. haha :P


Jumpa kakak,, pergi makan makan pulak !
selamat saya tak makan. Selamat perut saya :P

Last Day,,  cepat pulak masa berjalan kann.. pagi nie kami gerak pergi kedai along dekat Pantai Dalam. Along ajak sangat pergi makan kedai dia,, so dengan berbesar hati ja aku dengan kakak p kedai dia.
Kebetulan ada man skali.. wahh,, jumpa kawan2 dirindui. Even tak lengkap kann,, tapi still berpuas hati :D

Rindunya dekat kawan kawan !! Jumpa lagi bukak sem nie ehhh :)


Last meeting.. Gonna miss them <3

Saturday, May 12, 2012

Hobi Baru

Entry nie pasal hobi sementara ja oke.. HAHA
Aku just nak share yang sejak sejak aku duduk dengan kakak aku nie.. Aku dah terjumpa hobi baru yang memang sepatutnya aku tak boleh amalkann.. Masyaallah.. Aini Akmal,, apa nak jadi taktau.. haha :P *konon2 nyesal -.-''



oke,, nie hobi baru aku ! hahaha
Bengang kann.. sembang nak diet bagai.. tapi tu ahh,, makan sokmo !
Bukak sem diet balik ! *harapan -.-" 

Haa,,, yang nie sponsership yang banyak membantu dalam memupuk hobi baru aku nie.. kihkihkih
Belanja makang sokmo. Orang dah belanja,, apa tunggu lagi : P
BTW,, thanks a lot kakak.. heeee :D LEBIUUUU ! kiss sikit,, muuhhh ^,^


Ada lagii,, tengok nie.. betoi betoi jaga badan la aku nie kannn : P

Lokasi : JONNYS MEGAMALL KUANTAN
makanan simple,, kalau nak diet elok lahh.. minyak pon takdak,,
makan pon main rebus jaaaa :)


Boleh makan,, sengeh jelaa.. 

Nasi Ayam Penyet ,, sedap ahh !!


Kakak kata Heaven gila Air Pandan Three Layer dekat Nasi Ayam Penyet nie.
tapi memang sedap pon,, minum sokmo kencing pon manis lepas nie.. haha


Sedap ah Nasi Ayam Penyet nie.. Yang penting ada tempe,, nampak takk !!
Muka pon dah buuulaat dahh.. tau makan jaa,, haha
Haaa,, nak tambah sikit.. hari tu tengah tengah busy namati kerja.. Thenn,, kawan yang aku rindui datang tempat kerja aku. taktau dia rindu aku ka takk.. haha
Aichehhh,, buat ayat pasrah pulak kann.. Tapi rindu kott,, nak bagi sedap hati sikit.. haha
Even sat ja jumpa,, aku tetap rasa happy plus terharu.. yelah,, lama tak jumpa kann.. ahh ! rindu ohh !!


Nie ja gambaq yang sempat ambik.
Muka aku time kerja meqelit jaa.. tulahh, sapa suruh nak dok kitchen.. haha :P










Friday, May 4, 2012

Mengapakah ??


Hyeeee !! : D



Aicehhh ! macam suka pulak aku dengan entry hari nie.. Tapi padahal apa yang aku nak cerita nie macam bengang,, sebabnya "mengapa" nama aku Aini Akmal kena panggil akma time dekat tempat kerja ?? Ahhh ! nama akma tu dah la nama yang pernah aku benci ! puiii !! huhu :'(

mengapakahhhhh ???? i hate it !!


Miss cakap "ramai sangat nama aini,, so panggil akmal boleh ? Aku tak kesah pon,, aku kata ah boleh jaa.. Then,, lekat la nama akmal. Tapi tu ahh,, lidah orang terangganu nie keqaih kott.. Bukan panggil aku akmal, tapi panggil aku akma pulak.. Dah tu,, ada yang p pendekkan la lagi.. ada ka patot panggil aku "ma".. Eee,, macam geli pulak. Pastu,, yang set set laki pulak boleh dok buat galak panggil aku mama bagai ! bengang haihh ! HUHH ! sabaq jaa -.-"

Alahh,, tak nampak pulak ! tuuu,, yang aku bulatkan tuu.. Tu baru betul nama aku..
Name tag aku yang nie aku suka,, yang atas tu aku buang ! haha :P


Hahhh,, BTW ! nak bagitau nie.. Pizza Hut dah keluarkan menu baru !!! Nanti meh la makan pizza ! tapi jangan mai dekat tempat aku kerja. Tak best ! hahaaa :P


Haaa !! Nie buku menu yang baru ja keluaq bapa hari lepas ! Comel kann..
Kat dalam pon tersusun cantik ja menu dia. Kalau nak tengok kat dalam,, pi pizza hut nahh :)
BTW,,  nampak kan tag nama aku yang esngat tuuu.. Yang tu baru sedap sikit kann.. heehee : D


amboii,, cek kak nie pon semangat tengok menu baru, Nak hafal ambik order ker ?? haha :P

Nie saja nak menambah apa yang aku rasa.. Apapon kann,, bagi aku hang mai pi la menu baru apa pon.. Lasagnia Pizza Hut ja yang terbaikkk !! oyehh ! :D


Sunday, April 29, 2012

Demam Result

Dari post post yang lepas,, memang nampak sangat yang aku rasa dah macam give up teruk sebab paper memang sangat susah.. tapi tu semua bagi aku lah.. kalau orang lain,, maybe sebab apa yang dia study tu keluaq la kot.. Macam aku nie,, bab yang banyak fokus naik sikit sikit jaa.. Yang lain,, hampeh ! Aku dah goreng macam macam dah.. sampai aku rasa Kuala Perlis dah boleh tutup kedai makan sebab banyak sangat aku goreng.. haha :P

So,, hari bertarikh 27 April 2012. Result dah keluar,, Hambek Kau !! Semua orang sibuk dok tanya pasal result. OH Tuhan !! aku tak kuat nak hadap result aku nanti.. huhu :'(
So,, aku dah berzanji (janji) pada diri ini takkan bagitahu sapa pon pasal result aku. Elok ke tak,, aku dengan family dan Tuhan ja yang akan tauu.. *insan terpilih sekali :P

Dengan kekuatan yang ada atas desakan kakak ku.. aku pon checked !!

TENG ! TENG ! TENG !! -.-"




Apa yang aku boleh kata dari keputusan aku nie adalah Alhamdulillah sebab ponter naik.. Tapi instead of that there have a sadness.. :'( Mommy,, i'm sorry !

BTW,, aku nak ucap TAHNIAH GILA GILA dekat kawan baik aku nie..  tengok jelah result dia..
Aku tau,, hang memang terbaik dan aku percaya hang akan selalu berjaya ! Sayang hang tauuuuuu :D




Wednesday, April 18, 2012

15 MARCH 2012

Assalamualaikum :)

Heee :D saya suka ! sebab tarikh nie adalah tarikh untuk hari pertama kerja selama 19 tahun hidup..haha
Dah lama aku nak kerja, tapi tu lahh.. ayah tak bagi pulak !huhu
Tapi kali nie, aku bernekad ! Mintak jugak dekat ayah suruh bagi aku kerja.. And at the end,, aku dah bekerja :)

Trainee for a month ! then, IM DONE ! haha :P

Aku kerja nie pon sebab nak cari pengalaman. Nak rasa jugak macam mana rasa orang bekerja. Tapi apa pon depend jugak dengan kerja apa yang kita buat. Ada yang mudah, ada yang berat.. but instead of that, still tired la bro. Nama pon kerja ! Betul la orang cakap, bukan senang nak cari duit ! So,, from this what can i say is i already have that experienced and it quite tought ! Yang positivenya, you can increase your level of confidence bila bercakap dengan orang awam time ambil order dan meningkatkan kerajinana bila dah selalu masuk kerja time closing !haha :D

Setiap orang ada pengalaman sendiri, bagi aku nie pengalaman
yang sangat menguji kesabaran dah kekuatan mental ! 
*Customer cerewet ! (sabaq jaa)

Till then ^ , ^